Tuesday, January 18, 2011

''update " 18.01.2011

salam, mungkin lama kan aku tak bercerita panjang . Memang sangat lama. Last update just letak gambar je kot. Fyi, habis je STPM tahun 2009, aku menunggu panggilan belajar hampir setahun setelah UPU bulan 6 aku tak ditawarkan di mana2 IPTA. Memang sedih sangat time tu bile tgk kawan-kawan dah dapat sambung belajar. So aku just baca information dorang bile dorang update status kat Fb atau blog. Sedih. Dalam tempoh tu , rutin harian seperti biasa. Tolong mak kat umah, ambil adik sekolah dan masa yang sama aku bekerja kat kedai LENO sbg pembantu jualan. Agak lama aku bekerja hampir 3 bulan start dari bulan 8-11. Aku teringin nak sambung belajar dan memang WAJIB aku sambung belajar sebab aku nak capai matlamat aku dan cita-cita aku. Aku apply UiTM 2nd intake utk bulan 12 . Aku dapat jugak tawaran temuduga UPSI. Aku berharap sgt aku dapat sambung belajar. Rezeki menyebelahi aku utk sambung di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Makllumat di UiTM. Terima kasih Ya ALLAH, masih ada peluang lagi utk aku melanjutkan pelajaran. Amin, Kini 2011, adalah permulaan bagi aku utk kejar apa yg diimpikan selama ini. Thanks Abah&Mak, Family and Friends :)

1 comment:

Nashieha Mustafar said...

Tahniah Yat. Cita2 kau pasti tercapai. Amin.